Jual Beli Helmet Arai Shoei Official
- Faris Pitbrakes Motorsport
- Sep 9
- 2 min read
✨ VIP Seller Membership ✨
📢 Pengumuman Penting untuk Semua Ahli Group!
Alhamdulillah, group kita dah mencecah 310,000 ahli dan dah lebih 12 tahun kami uruskan bersama. Terima kasih atas sokongan semua! 🙏
Selama ni, setiap iklan yang masuk perlu kami semak & approve satu persatu. Hakikatnya, ia agak mencabar sebab:
❌ Tak semua ahli iklan helmet.
❌ Ramai iklan pelbagai produk/servis yang tak berkaitan.
❌ Admin terpaksa tapis setiap hari untuk pastikan group kekal berkualiti.
Jadi, untuk memudahkan penjual sebenar dalam group ini, kami nak perkenalkan sesuatu yang baru & eksklusif:
✨ VIP Seller Membership ✨
👉 Dengan hanya sekali bayaran RM30 sahaja SETAHUN, anda akan jadi VIP Seller.
👉 Kelebihan VIP Seller:
✅ Post iklan anda akan automatik approve (tak perlu tunggu admin semak manual).
✅ Lebih mudah, cepat & jimat masa.
✅ Sesuai untuk anda yang aktif berniaga dalam group ini.
🚀 Jom jadi antara yang terawal daftar sebagai VIP Seller!
💰 Bayaran hanya RM30
📩 Untuk daftar, sila hubungi admin melalui PM/WhatsApp https://wa.me/60102222246
Terima kasih kerana terus menyokong group ini. Sama-sama kita jadikan group ini lebih aktif, teratur & bermanfaat untuk semua. ❤️
📌 Peraturan Group Untuk Yang Bukan VIP Seller
Jual Beli Terhad
Hanya dibenarkan untuk helmet Arai dan Shoei sahaja.
Posting jual beli barangan lain (accessories, parts, baju, sticker, helmet brand lain) tidak dibenarkan. ( Kecuali VIP Seller )
Patuh Undang-Undang
Semua posting wajib letak details dan harga.
Tiada barang tiruan, klon atau counterfeit dibenarkan.
Proses Kelulusan Post
Semua posting akan disemak dahulu.
Tempoh kelulusan: 12 – 24 jam.
Sila bersabar, kerana terlalu banyak iklan yang tidak berkaitan perlu ditapis.
Hormati Ahli Lain
Dilarang guna bahasa kasar, perkauman, atau serangan peribadi.
Jaga adab semasa komen atau berurusan.
Tiada Spam / Scam
Jangan ulang posting berkali-kali.
Elak penipuan – admin tidak bertanggungjawab atas urusan jual beli, semua atas risiko sendiri.
Admin Ada Hak Mutlak
Admin berhak menolak, delete atau ban ahli yang melanggar peraturan tanpa notis.
Comments